Search This Blog

Thursday 29 September 2016

DAPUR : Susun atur baru untuk laci dapur

Assalamualaikum..

Kalau tak silap baru je kongsi susun atur untuk laci ni, dalam entri lepas
tapi semalam tukar lagi...

sebab


ada tambahan aksesori baru, hihihi...
membeli dari Lazada..
masa promo merdeka bulan lepas..


Mulanya nak beli set pisau je..
pastu saja la mencuba baucer yang Lazada dok tayang2 tu,
entah boleh guna ke tidak,
tengok2 dapat diskaun..

Pastu menambah la satu lagi item nak membeli..
iaitu pemarut multipurpose..
satu baucer kan valid untuk sekali je urusniaga..
so sumbat la berapa barang nak beli dalam satu pembayaran..
Saya mampu takat RM50 je sekali belanja..
lebih RM6-7, boleh la tambah sikit lagi...
Bukan selalu nak ada baucer kan...


Memandangkan aksesori dah bertambah,
selepas sebulan merata2 duduk barang2 ni,
mencari tempat storan yang sesuai,
akhirnya semalam, buat juga pembaikan pada laci pertama tu...


Ada juga la tengok2 omputih buat beg poket untuk letak pisau2 ni..
saya hampir nak menjahit dah la..
tapi bila fikir, nak menggantung pada pintu kabinet,
buat saya fikir dua kali nak mula..
sebab nanti nak gantung dengan apa di pintu tu...

Akhirnya, guna laci ni juga la..
malas la nak letak merata2 tempat..
kalau khaskan terus semua perkakas memasak dan makan di satu tempat lagi senang, kan...

SEBELUM

Ni kira susun atur macam entri lepas..
yang bertukarnya, pisau biru tu..
yang kaler kuning dan magenta tu, dah selamat bungkus untuk dibawa balik ke kampung..
kat dapur Mak tu, macam tak ada pisau nak guna..
pisau zaman dulu2, masa saya kecik lagi, mak dok guna..
sampai dah kurus dah pisau tu, sebab kena asah..
alang2 dah tak nak guna, boleh la bawak balik guna kat sana pula,
daripada tersimpan berkarat je kan...

SEBELUM
Bahagian bawah ni yang nak kena tukar sikit..
bila guna bekas macam ni, makan banyak ruang..
dulu2 barang tak banyak OK la..
sekarang dah ada kawan baru masuk, kena ubah sikit tempat duduk tu...

Yang mana tak guna, terus keluarkan,
tak yah nak semak2 di sini ye...



Cuba2 dulu susun-susun, nak tengok keadaan..
macam orang lain juga buat..
guna pembahagi je, DIY..
tapi saya guna kertas kotak je,
sebab kotak banyak lagi kat umah ni..


Pastu balut dengan wallpaper beli di MRDIY, RM3.50.
dapat la cari corak marble yang macam omputih dok pakai tu..
saya memang nak cari kaler terang2 macam kuning ke..

Nak tukar tema dapur pulak,
dari merah ke kuning..
sebab nak cari kekuningan, jumpa la yang marble ni..
masa nak pasang tu, baru perasan-baru nak teringat,
oo marble ni la yang omputih pakai, yang saya pun teringin jugak nak beli..
cumanya corak diorang yang kaler kelabu atau hitam..
saya jumpa yang kuning je, dah tak banyak pilihan..

SELEPAS

Yang bahagian atas ni, masih digunakan..
sebab saya nak juga sudu-garfu, simpan dalam laci ni..
jadi rak ni, masih-sangat diperlukan...
nampak sikit pemarut tu..
situ je tempat yang selayaknya untuk dia..
nasib baik rak atas tu boleh adjust lagi, muat2 je..
fuhh, selamat!
Alhamdulillah ^,^

SELEPAS
Jadi, yang bahagian bawah tu, jadi la macam ni, huhu..
boleh la..
buat sendiri..
nak jimat-bajet punya pasal..
ok, happy sebab masalah aksesori baru dah ada tempat parking yang sesuai dan selamat..

Simple je kan..
tapi nak siapkan ia, adoi..
nasib baik siap juga dalam masa sehari..
OK, babai itu je cerita hari ini...



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers