Wednesday, 29 March 2017

BENANG DAN JARUM: Kain Skirt Pola Gigi Buaya dan Baju Princess Hafni

Assalamualaikum....

Dah lama tak cerita pasal jahit-menjahit ni..
tak selalu pun menjahit..
bila ada kehendak membuak-buak tu, baru la mesin tu nak berfungsi, hehehe...

Tahun lepas, macam dah lama ceritanya, hahaha...
Sebab ada 2 kenduri adik lelaki saya bertunang dan adik ipar nak kawen...
Jadilah asbab yang penting nak menjahit...

Ada sorang adik ipar tu sponsor baju untuk bridemaids..
tak bridemaids sangat la, just untuk kami yang perempuan ni...
Mak mertua, tak termasuk, hehehe...

Beli baju sahaja..
baju ala-ala Saloma gitu..
yang kembang di bahagian bawah baju dan hujung tangan..
masa tu, kalau ikut enSuami, suh beli skirt yang siap je la kan...

Entah macam mana, saya terjumpa pasal kain gigi buaya tu..
sebenarnya sebelum ni dah pernah tengok...
cuma entah, kalau belum terasa teringin nak buat..
macam-macam dikomplennya dalam hati...
babpe nak gigi buaya ni... lawa sangat ka.. apa beza dengan kain/skirt biasa.. gitu persoalannya???? 

Kalau dah tak nak...
bila mai angin dia nak mencuba tu,
haa, tak kira la gigi buaya ka, sisik ikan ka....
susah ka, banyak kain ka, harus nak buat jugakkk, hahaha...

So lepas dah study, ciri-ciri kain yang sesuai, saya pun rasa nak cari kain macam batik tu..
dari 2 tahun lepas lagi nak kain ala2 batik songket Sarawak tu...
ingat nak kena beli online dah...
sekali jumpa kat kedai YangYang je..
murah pulak tu, RM15.90 je...
boleh la dengan standard saya yang murah2 je...
janji nampak cantik....

Sebelum nak gunting apa2, pola haruslah ada..
first time plak tu buat...
harus la kena ada sampel, kalau tak susah gak nak faham...
Polanya saya rujuk dari FB JahitkuCantikYanCotton ..
Banyak pola dia yang saya ikut, senang sikit faham..
macam dia ajar orang dari zero knowledge atau amatur gitu...

Sambil tengok laptop kat dapur, melukis pun kat lantai dapur je, huhu


3 helai surat khabar saya cantum..
malas nak membeli kertas minyak...
secara asasnya, lukis skirt pola A-cut je...
pastu bahagi 2 kain tu dan bagi ruang dalam 4 inci untuk zig-zag kan pola...
tak leh besaq sangat zig-zag ni, takut tak cukup kain...
kalau beli kain 2meter macam batik tu, tak cukup sangat...
lebih-lebih lagi corak berkaki...
kena pandai2 adjust kain tu...

Lepas dah puas hati, boleh gunting pola tu...


Bila dah gunting pola, letak atas kain, baru faham kegunaan zig-zag tu...
banyak juga yang saya adjust..
kat bontot tu, pi buat besaq sangat, bila dah siap jahit, tak cantik pula jadinya..
jadi banyak juga yang saya gunting buang kain...
masa buat pola, tak ikut betul2 cakap cikgu... [mentakut ketat, tapi luas besar sgt, tak cantik pulak kejadiannya]


Jadilah macam ni selepas digunting kain...
saya buat 6keping je...
mulanya nak buat zip tepi...
pastu rasa malas ya amat...
so guna getah je semua...
Lemah la saya kalau zip kat kain ni...

Tu yang tiap2 tahun buat baju raya, maxi dresssssss je memanjang...
malas nak jahit kain, hahaha....


Masa ni baru je siap jahit...
amek gambar jap, tunjuk kat SILs, kata dah ada dah kain untuk baju bridemaids, hehehe...

Masa balik Kedah, hujung bulan 11 tu,
dah sempat melaram dengan kain ni, tapi pakai dengan blaus lain, kebetulan pink juga..
pi jalan2 kat Tanjung Dawai nak beli ikan bilis..
dengar cerita ada mee udang banjir sedap..
singgah pekena jugak la, dah sampai kan, hihi...


Tak jelas sangat pulak...
saya buat tak ketat kot..
tapi bila jalan, terasa lain sikit la, terasa la gigi buayanya tu, hahaha...

Lepas dah cuba kain gigi buaya..
cuba plak baju kurung moden..
yang orang cakap kurung Erin Malik tu...
lepas dah buat pola, dah jahit, baru saya perasan...


Alaaaa, macam baju yang saya pernah buat dulu2 je...
apa la susah2 buat banyak pieces...
saya punya baju lagi senang, just kembangkan je dari pinggang sampai hujung baju...
cantik juga hasilnya...
nak beralun tak beralun, pemilihan kain tu penting, macam cotton dan lycra/denim..
dapat la beralun, hek eleh....


Baju ni pun siap sebelum balik Kedah..
nak pakai masa rombongan pertunangan adik kat Penang, hehehe..
nasib sempat siap, sepasang dengan Hafni..
enSuami recycle je baju raya dia 2 tahun lepas, huhu...



Masa ni, Hafni suka sangat dengan kakak cantik ni...
Kakak Orange dia panggil...hahaha
tak nak berganjak dari pelamin tu...
banyak gila gambarnya dengan tunang adik ni...
dah tak tau nak pujuk camna, bagi ruang kat orang lain nak bergambar...
merasa la saya duduk amek gambar sekali, kalau tak...
tak ada juga gambar muka saya ni...
malu la nak interprem... kita tak cantek...iskkkkk....

Untuk baju princess Hafni pula..
saya memang nak try buat ala2 frozen tu untuk jadi flower girl masa kenduri adik ipar..
asyik tak sempat nak cari kain....

Ada adik2 ipar tunjuk gambar baju princess yang dijual di kedai...


Yang kedai jual, mesti la cantik kan....
Bila tengok baju contoh ni, saya terfikir sesuatu....

Emmm, selepas digodek2, jumpala kain lace baju kawen saya dulu...
yang lebihan je... yang baju kawen tu ada lagi, hihi..

Pola dari FB juga...
tapi tak ingat pula FB sape...
masa tu memang jumpa contoh dia guna lace macam saya buat ni...
tapi asasnya macam ni, boleh tengok FB JahitkuCantik juga...
Step2 tak ada...
saya cuba jaya je.. kain pun agak terhad...
entah jadi entah tidak, tak ambil gambar pun...

Hasilnya.....


Ha, tudia, budak baru mangkit tidoq..
siap je terus nak pakai...
siang-malam pakai baju princess tak nak buka..
dah mandi pun pakai balik..adeh...

Terpaksa sembunyikan dulu, 2 minggu sebelum kenduri..
mau lunyai baju ni sebelum kenduri, huhu....
Haaa, nampak tak bersepah kat belakang tu,
mencari harta karun tersimpan selama 5 tahun lepas, hahaha...
muat juga buat baju Hafni...


Nak pi sekolah pun, nak pakai baju princess...
adoi, anak oi, orang lain elok je pakai unifom, kita sorang nak jadi princess kat sekolah..emm
kalau tengok keadaan sekarang ni, dah berbulu2 je lacenya...
Umi hentam je basuh dengan mesin, apa lagi....iskkkk...



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Tuesday, 10 January 2017

[HEBAHAN] Sumbangan Wakaf Surau Nurul Iman, Kuala Selangor

Assalamualaikum...

Dah 10 hari masuk tahun baru :)
amek masa sekejap nak buat hebahan..

Baru je semalam siap design poster ni..
enSuami pun dah upload ke FB Laman Rasmi Sekolah..
cuma ada pembetulan sikit dari DANA kepada WAKAF...


So nak minta jasa semua yang kebetulan membaca entri ni,
boleh sama-sama hebahkan poster ini untuk menyumbang sedikit wakaf kepada surau sekolah..

6 Disember lepas, hari terakhir SPM kalau tak silap...
surau sekolah terbakar..
pihak bomba cakap disebabkan litar pintas..
masa enSuami dapat panggilan dari kawan tu, terkejut tergamam dia...

Ye la, kalau tak ada surau camna kan..
surau je yang diorang ada untuk solat dengan selesa...
Buat sementara ni solat di PSS dan bilik tayangan je ada...


Kebetulan surau sekolah ni pun papan sepenuhnya...
bila terbakar ni, memang hangus semua la....
tinggal rangka je...


Sejak masuk sekolah tahun ni, dah ada mesyurat tentang struktur binaan surau baharu..
ada dua pilihan buat masa ni, guna kontena atau binaan bata simen seperti biasa la...
kontena, RM300K, bata RM1.2Juta...
sebab nak buat surau 2 tingkat...

Macam menarik je guna kontena..
jimat dan cepat siap..
cikgu2 pun nak sangat cepat ada surau tu..
saya tanya besar ke kontena tu..
enSuami cakap boleh bayangkan, 1 kontena boleh muat 800 orang...
haa, besaq tak besaq tu....
tapi biasa la ada juga yang tak setuju dan ragu2...
benda luar biasa nak buat, kita takut nak mencuba..

So arkitek kontraktor tu ada datang sekolah terangkan kedua2 struktur binaan tu..
Memandangkan ada je sekolah lain berdekatan yang dah guna kontena untuk surau,
setakat ni tengok OK je....
bukannya letak kontena tu semata2..
akan guna juga bata dan simen...
cuma kalau guna kontena, dapat singkatkan masa untuk membina struktur rangka tu..
yang tu yang penting, yang selalunya melibatkan kos yang besar jika guna struktur binaan bata simen tu...

Jadi, dana tu perlu dikumpul secepat mungkin...
Pihak sekolah ada sediakan surat rasmi untuk tujuan memohon sumbangan..

Dari pihak saya yang telah terlibat secara tidak langsung ni :/
tolong hebahkan di sini...
Mohon semua, untuk sebar luaskan poster ni...

Laman Rasmi FB Page SMK Seri Tanjong, boleh klik sini...
Sebarang transaksi boleh rujuk ke emel sekolah, bea3074@btpnsel.edu.my

Sumbang ke BANK ISLAM 12083 01002 5989 [SURAU NURUL IMAN SMK SERI TANJONG]

Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk pembinaan surau ni...

“Siapa yang membina masjid kerana Allah, sama ada kecil atau besar, pastilah Allah akan membinanya sebuah rumah (istana) di dalam syurga”
~HR Al-Bukhari dan Muslim~

Monday, 14 November 2016

Sambut besday AbangCik

Assalamualaikum..

3 Nov lepas, ada besday seorang adik ipar ni..
masa tu ingat tak balik dah hujung minggu tu..

Bila ditanya besday boy, balik ke tak..
sebab sejak kerja di Bangi, jarang sangat dia balik kampung..
sampai demam2, homesick agaknya, hahaha...

So bila dah besday boy bagitau dia nak balik, saya pun bagitau enSuami..
nak baking la apa lagi kan...
ada resepi baru nak cuba...
enSuami pun cakap boleh lah balik...

So Jumaat tu, saya buat kulit pai/tart..
hajat di hati nak cuba Nutella Cheese Pie dan Fruit Tart/Pie..
dah pagi Sabtu tu lepas sarapan, enSuami tanya lagi,
betul ke tak buat kek???

Haa, tak buat. nak buat pai..
sebut pai je berkerut keningnya..
dia dok bayang pai epal agaknya..
pai? apa pai pulak.. buat kek la, besday kan...

(@@), emmmm...
buat kek coklat pun tak pe, simple2 je janji ada kek..

Malas nak buat kek, sebab tak ada topping..
xkan asyik ganache je..
nak buat buttercream, nanti dapat banyak, lebih nak kena simpan..
besday enSuami dah cuba cheese frosting kan...


Dah enSuami cakap kek coklat, boleh la buat..
Ganache ada lagi stok dalam petiais..

Selepas sarapan, terus mula baking kek..
pesan enSuami beli strawberry dan anggur..
ada pesan beli anggur hijau, buat nak ganti buah kiwi..
balik2 dapat color purple.. ada biji pulak tu...
banyak kerja nak kena buat, korek biji pula..

Dengan nak buat cheese tart..
fruit tart lupa pula nak keluarkan whipping cream malam tadi..
menggoogle cari resepi yang paling senang yang tak guna whipping cream..

Fruit tart ni, ada banyak resepi kastadnya..
ada yang betul2 guna tepung kastad dan kaler kuning..
basicnya kastad mesti la kaler kuning kan...

Tapi first time saya jumpa fruit tart kat blog Acik ZalinZalina ni..
dia guna instant custard bancuh dengan air sejuk je, pastu campur dengan whipping cream yang dipukul kental..
dah siap krim kastadnya..
macam senang je yang ni..
tapi kastadnya jadi putih la bukan kuning..
dan feedback dari customer dia pun kata sedap..

Tapi sebab tak ada instant custard, saya pun ragu2 nak guna tepung kastad biasa tanpa masak..
dah tu, whipping cream pun tak defrost, xdapat la nak cuba resepi ni..
lain kali boleh cuba..
korang kalau nak buat, boleh la tengok resepi tu, senang je...

Jadi selepas bersilat di dapur sorang2 tu...
dapat la hasilnya seperti di bawah...


Kek Coklat topping ganache je..
hias sikit dengan strawberry..
tambah coklat bar..
dah habis tu nak tabur apa lagi ni, nampak tak syok pulak, simple sangat, hahaha...
ingat nak tabur cheese dah tadi..
pastu teringat ada coklat putih, so parut2 sikit atas kek...
macam salju gitu...
boleh lahhh


Fruit tart tak berseri..
kastadnya pun tak berapa nak jadi..
resepi siapa saya amek, lupa dah..
banyak sangat tengok resepi hari tu..
yang ingat guna 1 cawan kastad, 1 cwn susu cair, 1 cwn air, gula tak ingat banyak mana..
saya memang fobia sikit nak masak kastad ni..
selalu gagal.. berketul2 sebab lama sangat masak...

Kali ni sebab takut berketul, tutup api awal la plak..
sampai tak leh nak piping pun sebab cayaq sangat..
cedok pakai sendok je masuk cup tart..
adoi, salah...
nak berseri punya pasai, saja pergi lorek2kan dengan coklat ganache tu..
bila kena buah, lama sikit, kembang plak coklatnya..
lagi bertambah tak comel..
adoi, salah lagi...

Nasib baik ada cheese pie ni...
Sedapnya makan cheese pie ni...


Sepatutnya Nutella la..
tapi sebab nutella tak ada, saya guna coklat ganache tu je...
cheese nya macam buat cheese tart..
ada telur sebiji..
saya buat 300g krim keju..
ingat dah boleh buncit dah pai ni..
tak buncit jugak...
nampaknya kena buat 500g kot, baru nak dapat buncit montok2 macam orang buat tu...

Emm xpa, lain kali boleh buat lagi, cam sedap je nak makan, buat kudap2..
lalalalalalalala...





#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Saturday, 12 November 2016

Kursus Jahitan Manik Moden

Assalamualaikum...

Bulan lepas saya ada join kursus jahitan manik..
Percuma je..
MakCik Ani yang saya kenal masa Kursus Jahitan Langsir lepas..
yang infom pada saya ada kursus..
ajak menantunya, dia xminat menjahit, kalau kursus masak2 dia nak...

So Acik tu tanya saya pulak, nak tak join..
Saya balas, kalau Acik pi, saya ikut la..

Sebab kursus anjuran Biro Wanita UMNO, risau la nak pi sorang2..
saya bukan orang UMNO, wakakaka...


Acik Ani yang tudung merah tu..
Acik Intan yang baju pink tu pun, ada juga masa kursus langsir dulu..
baru saya tau, orang2 UMNO makcik2 ni, hehehe...

Farah yang tudung biru sebelah saya tu, bujang lagi..
dia pulak dok cerita, kursus masak2 dia tak pergi sebab tak minat..
kalau jahit2 dia nak...gitu pulak...
Saya semua boleh, janji free saya masuk, wakakaka...

Setengah hari je kursus ni...
dapat belajar 3 jenis jahitan...
ingat moden tu, guna mesin ke pe...

Modennya, sebab guna gam..
guna gam tu sekejap je, tapi kena jahit jugak la..
pastu maniknya warna-warni dan pelbagai bentuk...
tak da la labuci dengan manik je, macam dulu2...


Ni hasil ahli meja kami je..
sikit macam ni pun tak sempat nak siapkan...
baru tau ada jarum khas untuk jahitan manik ni..
dapat la free 1 jarum tu..

Orang lain siap je, hairan betul..
lajunya diorang..
saya dari balik kursus hari tu, sampai ke saat menulis ni..
tak sambung2 lagi jahit benda ni sampai habis..
tak dan nak menghadap...
dok menjahit depan anak, kang manik tu berterabuq habis dimain Hafni..
belum ada semangat lagi nak mula balik...
entah bila nak buat tu... :P


Habis kursus, bergambar kenangan gitu...
harap ada rezeki lagi join apa2 kursus kemahiran lain..
especially jahitan..
Amin..



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Thursday, 10 November 2016

Frambrozen Kenari pun sudah ;)

Assalamualaikum...

Hampir terlupa dengan cookies ni..
tertinggal dalam memory card, tak perasan ada lagi gambar2 masakan yang belum dipindahkan ke laptop..

Dah lama buat selepas raya dulu...
sebelum raya tu buat jugak..
dah raya, habis orang makan..
lepas raya buat lagi...


Adik2 ipar la yang sebut..
K.bella tak buat frambrozen ke?
Hah? frambrozen?? macam pernah dengaq, tapi apa ke benda ye?
dah tu menggoogle lah saya..

Ooo, pernah tengok orang share kat blog..
tapi tak terhingin la pula nak buat..
Sedap sangat ke??
xhenti2 disebut2...

Bila tengok resepi, semua pakai tray shortbread..
xda la pulak tray tu...
masa first buat tu, sehari sebelum nak balik raya ke Kedah tu, buat kat rumah mertua...

Sebab tengok bahan2nya, simple je..
semua ada, boleh la try buat...

Resepi tengok dari blog Kak Ita..
tapi banyak2 blog saya tengok,
langkah2nya tak lengkap...
resepi pun lain2..
ada tambah susu tepung, ada letak telur..
crust dia tu ada banyak percanggahan resepi..

Yang KakIta share tu, paling asas la, tak ada telur pun..
gula, elok guna gula icing..
cepat dia larut, dan butter cepat kembang...



Macam dalam gambar ni, ada nampak lubang2/bintik2 tu..
gula sebenarnya..
gula tak larut, ingat lepas bakar, dah boleh larut...
tak larut rupanya...


Kalau guna tray, saya ratakan guna spatula je..
lapik baking paper kat atas, tekan2 dengan spatula sampai rata..
kalau nak cucuk2 dengan garfu pun boleh...
kalau tak nak pun tak pe, sebab tak ada telur, tak ada nak kembang sangat...

Lepas dah masak crust, boleh keluarkan dari oven.
Sejukkan sekejap, sapu dengan filling..
Apa yang korang suka, blueberry ke strawberry ke...

Lepas dah settle tu, boleh buat meringue pulak..
cara2nya sebiji macam buat pavlova..


Mesti kental dan bertanduk..
cuma yang ni tak ada cuka je, tepung jagung ada...


Dah settle meringue, tuang atas sapuan jem tadi..
ratakan seboleh mungkin dengan spatula..
pastu tabur la badam/kekacang/coklat yang korang suka...

Kali kedua buat, saya guna acuan tart pula..
buat macam ni lagi senang..
sebab frambrozen ni jenis rapuh, kalau tak ada cutter tu, hancur la jugak kalau potong dengan pisau...
kalau buat sebijik2 macam ni tak perlu nak potong2 dah..
angkat terus ngap masuk mulut, nyummmmmm...


Kali kedua cubaan, guna resepi lain yang ada susu tepung..
Tengok kat blog kakak ni...
tergelap la pulak, kuat sangat kot oven...

Nak cepat sangat meringue tu keras, so guna la fan..
dah guna fan, ditinggal2kan pula tak pantau... :P
almaklumlah oven pun gelap (sebab lampu utama terbakar)
dapat bau2 je..
macam hangit2 je..
dah buka pintu, baru nak nampak..
nasib baik tak parah...


Tetap sedap dimakan..
topping tu, pandai2 je tambah..
sengaja nak habiskan chocolate rice tu...
Tabur sikit gula icing, nak tutup yang hitam2...
bijak tak, ngeh ngeh...
hiasan je tuh....

Masa awal2 tu buat dalam acuan tat telur..
lepas dah bakar, susah pula nak keluarkan dari acuan..
banyak yang hancur, tak dapat bentuk yang cantik dan lengkap..
mesti ada yang terpatah sana terpatah sini...

Bila dah banyak yang hancur, saya campur balik crust yang dibakar dengan adunan yang belum bakar..
pastu teringat ada paper cup yang kecik tu...
amek cup tu, saya penyek2 dalam tu je...
yang awal2 tu dapat la letak dalam acuan tart kecil..
yang lebih2 tu tanpa acuan...
so crust nye rata je, tak jadi bentuk macam mangkuk tat tu...


Sebab tu la gelap sikit, 2x kena bakar...
yang ada susu ni, rasa gebu-creamy sikit..
agak2 kalau buat adunan asal crust tart, makan dengan meringue, masyuk ke tak eh?
tak berapa nak puas hati rasa crust frambrozen ni...hehehe...
nanti bila2 try lagi, kekeke....


Kalau buat sebijik2 macam ni, meringue tu boleh masuk dalam piping bag..
guna nozzle bintang, jadi la, lekuk2 macam krim aising kek gitu....

Alkisahnya buat frambrozen kenari yang baru 2x cuba tanpa tray shortbread..


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382